Perkhidmatan Kami – Dari Reka Bentuk ke Realiti: Banglo, Ubahsuai & Hiasan Dalaman
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembinaan dan pengubahsuaian rumah yang lengkap — dari binaan banglo hingga kepada hiasan dalaman eksklusif. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri pembinaan, kami komited untuk merealisasikan rumah impian anda dengan hasil kerja yang berkualiti, kemas, dan mengikut bajet anda.
Kami menyediakan perkhidmatan pembinaan rumah banglo daripada kosong (zero to turnkey). Dari peringkat pelan arkitek hingga serahan kunci, pasukan kami akan menguruskan setiap aspek termasuk kerja tanah, struktur, kemasan, dan sistem elektrik/plumbing. Kami juga menawarkan pelan reka bentuk khas mengikut bajet dan keperluan keluarga anda.
Rekaan mengikut citarasa pelanggan
Struktur binaan kukuh & tahan lama
Urusan lengkap pelan & kelulusan PBT
Ubah Suai Rumah & Bangunan
Kami pakar dalam kerja pengubahsuaian rumah dan bangunan sedia ada, sama ada kecil atau besar. Perkhidmatan ini merangkumi penambahan ruang, ubah suai dalaman dan luaran, membesarkan dapur, menambah bilik air, membina porch, dan sebagainya — mengikut keperluan anda.
Ubah suai struktur & kemasan
Pekerja mahir & hasil kerja kemas
Pilihan rekaan moden & kontemporari
Hiasan Dalaman (Interior Design)
Hiasan dalaman bukan sekadar cantik — ia mesti berfungsi. Kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk dalaman untuk rumah, pejabat, dan ruang komersial dengan pendekatan profesional yang menekankan keseimbangan antara fungsi dan estetika.
Konsultasi konsep & moodboard
Pemilihan warna, material & pencahayaan
Pelaksanaan projek dekorasi penuh
Pembuatan Kabinet & Perabot Custom
Kami juga menyediakan perkhidmatan pembuatan kabinet dan perabot bina dalam (built-in furniture) yang direka khas mengikut ukuran sebenar ruang anda. Daripada kabinet dapur, almari pakaian hingga rak TV dan kabinet kasut – kami hasilkan semuanya dengan material tahan lama dan kemasan premium.
Rekaan mengikut gaya hidup & ruang
Pelbagai pilihan material & warna
Jahitan kayu & finishing profesional
Penyediaan Pelan & Kelulusan Pihak Berkuasa
Untuk memastikan projek pembinaan berjalan lancar dan sah dari segi undang-undang, kami juga membantu dalam penyediaan dan pengurusan pelan seperti pelan arkitek, pelan struktur, pelan M&E serta urusan kelulusan dari PBT dan agensi teknikal.
Penyediaan pelan lengkap
Pengurusan permohonan PBT
Rundingan teknikal & nasihat profesional
Naik Taraf Rumah 1 Tingkat ke 2 Tingkat
Perlu ruang tambahan? Kami pakar dalam menaik taraf rumah 1 tingkat kepada 2 tingkat. Proses ini melibatkan kajian struktur sedia ada, perancangan pelan, dan pembinaan tingkat atas yang selamat dan kukuh, sesuai untuk keperluan keluarga yang semakin berkembang.
Tambah ruang tanpa pindah rumah
Reka bentuk moden & praktikal
Pemantauan keselamatan struktur
Pembesaran Ruang Tamu / Bilik Tidur
Kami bantu anda memaksimumkan ruang sedia ada dengan menambah atau meluaskan ruang tamu dan bilik tidur. Kami memastikan setiap tambahan menyatu dengan reka bentuk asal rumah agar tampil harmoni dan estetik.
Ruang lebih selesa & lapang
Sesuai untuk keluarga besar
Pilihan kemasan moden
Tambahan Dapur & Kabinet Dapur
Dapur yang praktikal dan cantik adalah impian setiap pemilik rumah. Kami menawarkan perkhidmatan membesarkan dapur serta pemasangan kabinet dapur berkualiti tinggi – dari konsep minimalis moden hingga gaya mewah eksklusif.
Susun atur mesra pengguna
Kabinet built-in pelbagai gaya
Material berkualiti & tahan lama
Rekabentuk Dalaman Moden & Eksklusif
Kami menyediakan khidmat reka bentuk dalaman profesional yang akan mengubah ruang biasa menjadi ruang yang memukau. Sama ada untuk ruang tamu, bilik tidur atau dapur, kami akan serlahkan gaya hidup anda melalui reka bentuk yang berkelas.
Konsultasi rekaan profesional
Gaya kontemporari, minimalis & klasik
Pemilihan warna, pencahayaan & perabot
Pendawaian Elektrik, Lampu & Kipas Siling
Kami menyediakan servis elektrik yang lengkap termasuk pemasangan soket, suis, lampu hiasan, serta kipas siling. Semua kerja dilakukan mengikut piawaian keselamatan dan kod PBT semasa.
Tingkatkan gaya rumah anda dengan kemasan dinding dan siling yang premium. Kami pakar dalam pemasangan plaster ceiling (plain & design), wainscoting moden, serta wall panel 3D yang menyerlahkan identiti ruang.
Rekaan kemas & bergaya
Pilihan pelbagai corak & konsep
Sesuai untuk semua ruang dalaman
Pemasangan Jubin, Vinyl & Lantai Kayu
Kemasan lantai memainkan peranan penting dalam suasana ruang. Kami menyediakan pemasangan jubin (tiles), lantai vinyl dan kayu laminate untuk ruang tamu, dapur, bilik air dan seluruh rumah.
Material berkualiti tinggi
Kerja pemasangan yang kemas & tahan lama
Pelbagai warna, saiz & tekstur
Binaan Bumbung, Awning & Car Porch
Kami juga menyediakan perkhidmatan pembinaan bumbung tambahan, awning, dan car porch yang tahan lasak dan menepati fungsi perlindungan cuaca serta estetika rumah.
Rekaan moden & tradisional
Material berkualiti (zincalume, polycarbonate, genting)
Struktur kukuh & kemas
Asiro Legacy Membantu Merialisasikan Impian Rumah Idaman Anda